Wednesday, 1 August 2018

Doktor : Orang Yang Tahu Segalanya Pasal Penyakit

Ada beberapa orang kawan saya yang menganggap doktor ni orang pandai dalam semua jenis penyakit. Apa juga yang dikatakan oleh doktor adalah benar.

Jawapan saya, 
Benar. Seorang doktor memang seorang yang arif dalam bidang perubatan. Mereka menuntut ilmu dalam bidang perubatan ini sekurang-kurangnya lima tahun di peringkat degree, seterusnya peringkat master dan PHD.

Namun, doktor ni sama macam cikgu. Ada cikgu matematik, ada cikgu sejarah, ada cikgu kimia dan lain-lain. Walaupun cikgu kimia tahu asas kira-kira seperti tambah, tolak, darab dan bahagi, tapi dia tak boleh nak terangkan secara detail ilmu matematik tambahan dengan lebih jauh. Begitu juga doktor, mereka ada pembahagian bidang tugas yang mereka fokus, seperti perubatan, pembedahan, psikiatri, urology, ortopedik, dan lain-lain lagi.

Di jabatan kecemasan misalnya, walaupun doktor di jabatan kecemasan menerima pesakit dari pelbagai disiplin, namun mereka tetap akan merujuk pesakit kepada bidang-bidang kepakaran yang lain mengikut jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Doktor bukanlah bomoh yang boleh diagnosed anda hanya dengan mendapatkan history taking dari anda. Mereka perlu buat beberapa investigation untuk mengesahkan penyakit anda.

Nasihat saya kepada rakan-rakan fb yang mempunyai kenalan doktor, ambil tahu mereka tu doktor di bahagian mana. Pendapat dan pandangan mereka boleh diterima kerana mereka arif dalam bidang perubatan, tetapi anda harus juga berjumpa dengan doktor pakar yang berkaitan dengan penyakit anda. Tambahan lagi sekarang ini pelbagai jenis doktor yang wujud contohnya yang terbaru, doktor gigi youtube pun boleh wujud. Jangan lah tanya soalan macam mana nak buang 'breast lump' pada doktor gigi tu pulak ye. Memang lah dia doktor.

Sharizal Suhaimi
Medical Assistant Klinik Bedah

No comments:

Post a Comment