4.30 pagi
Blog ini lahir bagi menyajikan kisah-kisah yang dikutip melalui kaca mata seorang dressar di bandaraya Kuala Lumpur. Anak kampung yang merantau ke bandar besar, mengutip secebis pengalaman, dikumpul dan disimpan dalam kotak ingatan jangka masa pendek seterusnya ke ingatan jangka masa panjang menjadikan ia memori yang indah lalu dikeluarkan melalui tulisan ini sebagai ingatan yang berkekalan.
Mungkin ada yang tak tahu apa itu dressar?
Dressar adalah orang yang membalut hati kita dengan ketenangan, menjahit hati yang luka menjadi riang, memberi nafas kehidupan kepada yang memerlukan, mengembalikan senyuman, menghentikan jerit pedih, berketawa bersama, berduka sendirian, melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Melihat seseorang insan dilahirkan, melihat juga insan dikebumikan. Itulah dressar.
Dressar ini bukan lah doktor, tetapi dikampung-kampung mereka dipanggil doktor kecil. Menjadi watak penting di dalam sesebuah komuniti, menjadi tulang belakang sesebuah rumah sakit, menjadi penjaga setia pesakit-pesakit, menjadi pelindung di jalan-jalan kehidupan.Terdengar siren ambulan menandakan kehadiran mereka yang bergelar dressar.
Cukup lah rasanya pengenalan seorang dressar untuk korang semua kenal.
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment