Thursday 2 August 2018

Catatan Si Tua

Suatu pagi di klinik...

"Assalamualaikum pak cik..." sapa aku sebaik sahaja pak cik Mail melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan ku. 

"Waalaikumsalam." Lelaki yang menjengah usia 70an itu menjawab salamku dengan lembut. Senyuman dibibirnya membawa seribu makna.

"Hari ini pak cik seorang lagi ke?" 


"Macam ni lah, nak. Pak cik ni tak nak susahkan sape-sape. Pak cik tak nak susahkan anak-anak bawa pak cik ke hospital ni, Lagipun pakcik masih larat lagi nak bawa kereta."

"Tapi tekanan darah pak cik ni tinggi, pak cik ada rasa pening kepala ke?"

"Ada lah sikit. Tapi nanti pak cik rehat ok lah tu nanti." Jawab pak cik Mail selamba. Aku yang risau dengan keadaan orang tua itu memandangnya sayu.

"Kalau macam tu, pak cik rehat kat kerusi menunggu tu dulu ye. Lepas ambil ubat dan tak pening pak cik balik lah, ye? Kalau pak cik perlukan ape-ape, pak cik panggil saya." Aku menawarkan pertolongan agar pak cik tersebut selesa dengan bantuan yang hendak aku hulurkan.

Selepas satu jam, pak cik Mail datang kepada aku. Dia memberitahu bahawa dia ingin pulang setelah keadaan dirinya kembali stabil.

"Pak cik betul ke boleh balik ni? Rumah pak cik bukannya dekat."

"Takpe, pak cik bawak slow-slow je."

"Pak cik. Saya nak tanya sikit." 

"Tanya lah." Pak Mail yang baru saje nak melangkah pulang berpaling kembali ke arah ku.

"Kenapa setiap kali datang klinik, anak-anak pak cik tak de yang temankan? Sibuk sangat ke mereka sampai tak de masa nak bawa pak cik ke klinik atau jumpa doktor ambil tahu pasal penyakit pak cik?" 

"Macam pak cik bagi tau tadi, anak-anak pak cik semua sibuk. Masing-masing ada kerjaya sendiri. Masing-masing sibuk mencari duit. Pak cik tak nak nanti menyusahkan mereka."

"Tapi, bawa ayah sendiri berjumpa doktor, kan bagus?"

"Silap pak cik juga dulu. Dulu pak cik pun macam mereka, sibuk cari duit sampai lupa nak luangkan masa menjaga anak-anak. Dulu pak cik sibuk mencari duit sehingga kalau anak-anak sakit pun isteri pak cik yang uruskan sorang-sorang. Sekarang bila pak cik pula yang sakit, anak-anak pula tak hiraukan."  

Aku masih tak berpuas hati dengan jawapan Pak Mail itu. Aku masih tak dapat nak menerima seorang anak sanggup membiarkanayah mereka yang sudah tua itu datang ke klinik sendirian. 

Aku risau jika sesuatu berlaku pada orang tua itu di pertengahan perjalanan sama ada mahu ke hospital atau pun ketika pulang ke rumah. 

"Tapi...macam mana pak cik boleh tenang saje dalam situasi macam ni? Dari dulu saya perhatikan pak cik macam tak de masalah pun."



-BERSAMBUNG-

No comments:

Post a Comment